Wednesday, July 21, 2010

Hari Terbuka Prasekolah STAR2 JB

Hari Terbuka Prasekolah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh sekolah bagi menyampaikan prestasi murid-murid prasekolah kepada ibu bapa mereka. Selain itu matlamat sekolah mengadakan program ini bertujuan agar ibu bapa sama-sama terlibat dalam usaha mengatasi masalah pembelajaran anak-anak mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Prasekolah, SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru telah menjalankan Program Hari Terbuka Prasekolah pada 16 Julai 2010. Antara aktiviti yang telah dijalnkan ialah paparan slide hasil dapatan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah, taklimat daripada guru besar berkenaan dengan LINUS dan perjumpaan antara ibu bapa bersama guru prasekolah bagi ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka.


Pendaftaran Ibu Bapa


Ibu Bapa Mengambil Tempat Di Dalam Dewan


Ibu Bapa Mendengar Taklimat Daripada Guru Besar STAR 2, JB

Wednesday, April 7, 2010

Temasya Sukan Prasekolah Zon Bandar 2010

Pada 6 April 2010 (Selasa) jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari telah berlangsungnya temasya sukan prasekalah Zon Bandar 2010. Acara yang dipertandingkan adalah acara balapan yang terdiri daripada larian 60 meter(L/P), 80 meter (L/P) dan 4x50meter (L/P). Manakala acara padang pula terdiri daripa baling bola lisut (L/P), lompat jauh (L/P) dan lompat tinggi (L/P). Sebelum acara dimulakan, semua guru, Pembantu Pengurusan Murid dan murid prasekolah berkumpul di depan khemah utama untuk sama-sama mengikuti senamrobik dibawah pimpinan Puan Roshidah Mohammad.
Peserta berkumpul dikhemah masing-masing sebelum acara bermula.
Peserta berkumpul di depan khemah utama untuk acara senamrobik.
Acara akhir 80meter lelaki.
Persembahan pancaragam daripada SK(P) Sultan Ibrahim sempena acara penutupan rasmi yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Shar bin Jasman, Penyelia Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Adik Sri Aqilah binti Setu (Emas- 80meter perempuan)
Adik Mohamaad Nur Aizat Syahmim, Aiman Syah, Alief Daniel dan Mohamad Hariz yang mendapat Naib Johan dalam acara relay 4x50 lelaki.
Adik Adreanna Sofea binti Laip - Perak bola lisut (P)
Adik Nur Aleeya binti Hanif - Gangsa bola lisut (P)
Adik Mohamad Hariz bin Amat Kasrin telah merangkul gelaran Olahragawan Terbaik melalui acara 60m (L) dan 4x50m (L)
Kontijen STAR(2) bergambar kenang-kenangan bersama Guru Besar, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid.

Wednesday, January 13, 2010

Suasana Sesi Pembelajaran Minggu Kedua



Gelagat murid-murid di dalam Kelas Prasekolah Wira sewaktu sesi P&P.

Pendaftaran Prasekolah 2010

Pada 1 Januari 2010 telah diadakan taklimat dan pendaftaran murid prasekolah sesi 2010 di Dewan Seri Temenggong STAR(2). Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan pendidikan prasekolah. Ibu bapa juga diberi penerangan tentang segala peraturan sekolah. Seterusnya diadakan pemilihan AJK Majlis Permuafakatan Prasekolah diikuti dengan pembayaran keperluan prasekolah 2010.


Guru Besar memberi ucapan sepatah dua kata. Guru Besar diapit oleh YDP PIBG, En. Baharudin B. Bahran (berkemeja hitam) dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah, En. Sani (berkemeja T biru).


Ibu bapa yang hadir bersama anak masing-masing.


Gelagat ibu bapa yang khusyuk mendengar taklimat prasekolah


Barisan Guru-guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid, YDP PIGB, Guru Besar, GPK 1 dan Pengerusi Permuafakatan Prasekolah 2010.