Wednesday, April 7, 2010

Temasya Sukan Prasekolah Zon Bandar 2010

Pada 6 April 2010 (Selasa) jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari telah berlangsungnya temasya sukan prasekalah Zon Bandar 2010. Acara yang dipertandingkan adalah acara balapan yang terdiri daripada larian 60 meter(L/P), 80 meter (L/P) dan 4x50meter (L/P). Manakala acara padang pula terdiri daripa baling bola lisut (L/P), lompat jauh (L/P) dan lompat tinggi (L/P). Sebelum acara dimulakan, semua guru, Pembantu Pengurusan Murid dan murid prasekolah berkumpul di depan khemah utama untuk sama-sama mengikuti senamrobik dibawah pimpinan Puan Roshidah Mohammad.
Peserta berkumpul dikhemah masing-masing sebelum acara bermula.
Peserta berkumpul di depan khemah utama untuk acara senamrobik.
Acara akhir 80meter lelaki.
Persembahan pancaragam daripada SK(P) Sultan Ibrahim sempena acara penutupan rasmi yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Shar bin Jasman, Penyelia Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Adik Sri Aqilah binti Setu (Emas- 80meter perempuan)
Adik Mohamaad Nur Aizat Syahmim, Aiman Syah, Alief Daniel dan Mohamad Hariz yang mendapat Naib Johan dalam acara relay 4x50 lelaki.
Adik Adreanna Sofea binti Laip - Perak bola lisut (P)
Adik Nur Aleeya binti Hanif - Gangsa bola lisut (P)
Adik Mohamad Hariz bin Amat Kasrin telah merangkul gelaran Olahragawan Terbaik melalui acara 60m (L) dan 4x50m (L)
Kontijen STAR(2) bergambar kenang-kenangan bersama Guru Besar, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid.