Wednesday, July 21, 2010

Hari Terbuka Prasekolah STAR2 JB

Hari Terbuka Prasekolah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh sekolah bagi menyampaikan prestasi murid-murid prasekolah kepada ibu bapa mereka. Selain itu matlamat sekolah mengadakan program ini bertujuan agar ibu bapa sama-sama terlibat dalam usaha mengatasi masalah pembelajaran anak-anak mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Prasekolah, SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru telah menjalankan Program Hari Terbuka Prasekolah pada 16 Julai 2010. Antara aktiviti yang telah dijalnkan ialah paparan slide hasil dapatan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah, taklimat daripada guru besar berkenaan dengan LINUS dan perjumpaan antara ibu bapa bersama guru prasekolah bagi ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka.


Pendaftaran Ibu Bapa


Ibu Bapa Mengambil Tempat Di Dalam Dewan


Ibu Bapa Mendengar Taklimat Daripada Guru Besar STAR 2, JB