Tuesday, September 15, 2009

Pemenang Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan 09

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke 52, Kelas Prasekolah Wira telah mengadakan Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan 09.



Adik Muazzam Solihin adalah peserta yang telah berjaya mendapat Johan dua tahun berturut dalam pertandingan Buku Skrap, ( 2008-Malaysia Ku Gemilang, 2009-1 Malaysia Negaraku ).



Adik Haziq Haqimie telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Buku Skrap 1 Malaysia Negaraku.



Adik Muhammad Muhaimin bin Zainuddin memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Buku Skrap 1 Malaysia Negaraku.



Ini adalah antara 13 orang kanak-kanak Prasekolah Wira yang menyertai Pertandingan Buku Skrap Sempena Bulan Kemerdekaan, 1 Malaysia Negaraku.